Khamis, 22 Julai 2010

Kesan kegiatan samseng jalan

KESAN NEGATIF
KESELAMATAN ORANG AWAM
  • Dengan kegiatan yang tidak bermoral ini,ia dapat membahayakan nyawa pengguna-pengguna jalan raya yang lain.Penunggang motosikal menyumbang paling banyak angka dalam statistik kemalangan jalan raya setiap tahun tidak kira maut ataupun tidak.
PENCEMARAN BUNYI
  • Pembangunan sosial semakin terencat kerana kegiatan rempit ini mengancam ketenteraman dan ketenangan suasana malam.Jadi ini dapat menimbulkan masalah pencemaran bunyi kepada para penduduk di sekeliling sekaligus menimbulkan ketidakpuasan hati kepada golongan samseng jalanan ini.
PANDANGAN NEGATIF OLEH MASYARAKAT
  • Samseng jalanan ini akan dipandang rendah oleh masyarakat kerana golongan ini sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah atau digelar sebagai 'mat gian'.Mereka juga sering menjadi buruan anggota polis dalam mengatasi gejala ketagihan dadah.
MASALAH JENAYAH
  • Banyak berlakunya kes langgar lari yang berpunca daripada gejala lumba haram ini.Selain itu,kes-kes ragut turut terjadi sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian insan yang tidak berdosa.
MARUAH DIRI
  • Individu seperti insan yang bernama wanita (minah rempit) tidak kisah apa yang akan berlaku dan sebab itulah soal maruah diri seperti kehilangan dara,melakukan seks bebas,ambil dadah atau risiko bakal ditanggungnya kelak tidak pernah dipertimbangkan.Yang penting aku dapat ikut aktiviti mencabar mat rempit.Kebiasaannya kaum wanita akan menjadi ganjaran dalam setiap perlumbaan haram yang telah diadakan.
SIKAP NEGATIF
  • Kebiasaannya,samseng jalanan ini mempunyai kelakuan yang kasar terhadap orang-orang disekeliling mereka terutamanya ahli keluarga yang terdekat.Dalam hal ini juga,banyak berlakunya kes-kes yang berada di luar kawalan seperti membunuh ibu bapa,mencederakan ahli keluarga dan lain-lain.Walaupun mereka tahu apa yang dibuatnya salah,individu sebegitu tidak tidak dapat berfikir secara rasional.
Mohd Firdaus Ibrahim 207697






KESAN POSITIF


PERHATIAN PIHAK BERKUASA
  • Pihak berkuasa mula membuka mata untuk memberi perhatian yang sewajarnya kepada golongan remaja. Pelbagai aktiviti dan kempan dijalankan bagi memberi kesedaran kepada golongan samseng jalanan ini. Selain itu, interaksi antara kerajaan dan golongan remaja menjadi lebih dekat lagi. Sebagai contoh, barisan pemuda-pemuda telah menganjurkan konvoi bagi golongan ini dan memberi mereka motivasi.
MASYARAKAT MULA MEMBUKA MATA
  • Masyarakat mula cakna akan gejala samseng jalanan ini. Rentetan itu masyarakat mula bekerjasama dengan pihak yang berwajib untuk menangani gejala negatif ini. Selain itu masyarakat juga mula faham peranan masing-masing dalam kehidupan berkomuniti.
PENUBUHAN KELAB-KELAB SOSIAL YANG BERMANFAAT
  • Kelab-kelab bagi mereka yang meminati motosikal ditubuhkan berdasarkan objektif yang lebih positif. Mereka lebih terkawal dengan adanya organisasi dan juga sifat ingin menjaga nama baik organisasi. Selain itu, mereka dapat bertukar pendapat mengenai hal-hal yang berkaitan dengan minat mereka.
LITAR LUMBA DIBUKA KEPADA ORANG RAMAI
  • Litar lumba dibuka kepada orang awam atau lebih spesifik lagi kepada mereka yang ingin mencuba keupayaan jentera mereka yang telah diubah suai. Di litar, keselamatan adalah diutamakan dan juga lebih terjamin.
PERLUMBAAN MOTOSIKAL PERINGKAT AMATUR DIADAKAN
  • Perlumbaan peringkat amatur atau lebih popular lagi, sprint test. Pemilik-pemilik motosikal yang bersisi rendah berpeluang mempamerkan bakat mereka dalam berlumba dan juga kemahiran mereka mengubahsuai jentera mereka.
PERTANDINGAN MENGHIAS SKUTER DIADAKAN
  • Pertandingan menghias skuter diadakan bagi peminat-peminat skuter menunjukkan kreativiti masing-masing. Selain itu mereka boleh mengekspresikan jiwa mereka dan minat mereka melalui graffiti di skuter mereka.
Esmeth Affan B. Mohamad Nordin 207593


4 ulasan:

  1. tak mempunyai sifat kemanusian langsung ... mengakibatkan banyak nyawa yang x berdosa terkorban ... masyarakt rasa takut dan kecewa , keadaaan akan menjadi huru hara jika gejala ini terus berleluasa

    BalasPadam
  2. mat rempit membawa banyak kesan negatif kepada masyarakat!terutamanya budaya samseng datang drpd budaya mat rempit..!!

    BalasPadam
  3. p'ganas jalan ini memang mengakutkan ... cederakan atau rampas barang tanpa mengambilkira nyama orang ramai ... dasyhat betul ni .

    BalasPadam
  4. Harapnya samseng jalan ini tidak mencererakan atau membahayakan nyawa orang ramai yang tidak berdosa .

    BalasPadam