Sikap berganding bahu dan menggembleng kudrat antara pihak-pihak tertentu amat penting untuk meminimumkan gejala ini. Ini kerana Samseng Jalan terdiri daripada golongan belia yang bakal menerajui kepimpinan sesebuah negara. Mereka merupakan modal insan yang sangat berharga sekiranya didekati, dibimbing, dipupuk dengan nilai, dan akhlak yang mulia. Mereka perlu disemai dengan ciri-ciri berhemah tinggi, bertanggungjawab, cinta akan negara dan bangsa.
Kemungkinan dengan usaha tanpa henti daripada semua pihak, deruman enjin motosikal dan aksi gila Samseng Jalan tidak akan kedengaran lagi pada suatu hari nanti. Oleh itu, isu Samseng Jalan perlu diambil berat dan diminimumkan dengan segera agar masalah ini tidak menjadi duri dalam daging yang akan membobrok pembangunan sesebuah Negara..
Fazreen Azmi 207952
demi keselamatan dan kerharmonian masyarakat , semua pihak harus bekerjasama untuk membanteras gejala sosial ini ... berilah prihatian tentang gejala sosial ini
BalasPadamharapyna gejala ini dapat diselesaikan ... kerajaan dan masyarkat patut berusaha menyelesaikan msalah ini demi kemajuan negara.
BalasPadamPatutnya masyarakat sedar akan peranan mereka dalam mencegah masalah tersebut ~ bekerjasam dengan pihak perkuasa untuk menangkap samseng jalan tersebut
BalasPadamUntuk mencegah gejala tersebut berleluasa , bakal calon samseng jalan harus dihapuskan sebelum mereka menjadi samseng jalan .bakal calon adalah kaum remaja muda yang mudah dipengaruhi .
BalasPadamhopefully all the citizen of malaysia will give fully cooporation to goverment to prevent this socio problem keep becoming worst ...
BalasPadam