Khamis, 22 Julai 2010

Lihat ini dulu=)

Pengenalan

Samseng Jalan adalah istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, dengan biasanya menggunakan motor kapcai atau pun skuter

Ia ,merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia kini. walaupun kebanyakan Samseng Jalan sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara bahaya di jalan raya. Samseng jalan biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu.

Samseng jalan juga telah dikaitkan dengan kegiatan gangster, rompak berkumpulan, pergaduhan, laku musnah, kecurian dan buli. Kebanyakan motosikal yang digunakan oleh samseng jalan tidak menepati piawaian ataupun telah di ubah suai dengan ketara.

Malah ada juga samseng jalan yang tidak mempunyai lesen yang sah, membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini, taman perumahan turut ditukar menjadi litar perlumbaan. Istilah 'Mat Rempit' ini juga digunakan di Indonesia dan Singapura.




Siti Aqilah Amira BT Abd. Hamid 207916

Ciri-ciri golongan samseng jalan

  • Dua personaliti iaitu ketika di rumah mereka menunjukkan perwatakan yang baik dan tidak menunjukkan sikap agresif yang ketara, sebaliknya di luar rumah berperangai seperti seorang raja khususnya di atas jalan raya dengan motosikal.
  • Dikenali sebagai samseng jalan raya kerana berlumba motosikal tanpa mempedulikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
  • Tidak patriotik iaitu tahap jati diri dan setia terhadap negara yang amat rendah.
  • Kebanyakan terdiri daripada keluarga bermasalah.
  • Kategori kerja termasuk pengganggur, pekerja kilang, penjual burger jalanan, pembantu bengkel kenderaan dan pelajar.
  • Berpengalaman ditangkap oleh polis sama ada sekali atau beberapa kali.

Lee Yoon Hoe 206313

Punca-punca kegiatan samseng jalan

Terpengaruh dengan rakan
Remaja mudah terikut-ikut dengan apa-apa yang dilakukan oleh rakan sebaya mereka tanpa memikirkan risiko yang bakal ditempuhi.

Gaya hidup dan taraf pendidikan
  • Gaya hidup remaja merupakan pendorong gejala ini berlaku.
  • Remaja yang berpendidikan rendah adalah dalam kelompok sama dan memiliki pemikiran yang sama jadi memberi galakan ke arah negatif antara satu sama lain.
  • Keseronokan dan kepuasan merupakan tujaun utama mereka.

Yeoh Jing Harn 206326
Perasaan ingin mencuba
  • Oleh sebab remaja yang suka mencuba dan tidak takut kepada risiko yang bakal ditempuh
  • mereka berani melakukan apa sahaja.

Kurang kasih sayang dan perhatian ibu bapa
  • Kurangnya kasih sayang dan perhatian turut mempengaruhi tindakan serta sikap remaja.
  • Apabila mereka berasa bosan,mereka akan mencari hiburan di luar rumah bersama rakan-rakan yang lain.
Koay Bee Ai 206339
Pengaruh televisyen
  • Filem-filem perlumbaan menarik hati remaja.Aksi-aksi yang "hebat" kononnya dipuja oleh mereka.
  • Justeru,mereka meniru aksi-aksi tersebut dan "mempersembahkannya" di jalan raya.

Kelonggaran Undang-undang
  • Undang-undang di negara kita tidak tegas.
  • Oleh itu,kegiatan rempit berleluasa samseng jalan yang sanggup main nyawa tidak gentar terhadap undang-undang yang longgar.
  • Hanya hukuman ringan yang ditimpal sekiranya mereka ditangkap oleh pihak berkuasa.
Ang Xin Yee 206300

Kesan kegiatan samseng jalan

KESAN NEGATIF
KESELAMATAN ORANG AWAM
  • Dengan kegiatan yang tidak bermoral ini,ia dapat membahayakan nyawa pengguna-pengguna jalan raya yang lain.Penunggang motosikal menyumbang paling banyak angka dalam statistik kemalangan jalan raya setiap tahun tidak kira maut ataupun tidak.
PENCEMARAN BUNYI
  • Pembangunan sosial semakin terencat kerana kegiatan rempit ini mengancam ketenteraman dan ketenangan suasana malam.Jadi ini dapat menimbulkan masalah pencemaran bunyi kepada para penduduk di sekeliling sekaligus menimbulkan ketidakpuasan hati kepada golongan samseng jalanan ini.
PANDANGAN NEGATIF OLEH MASYARAKAT
  • Samseng jalanan ini akan dipandang rendah oleh masyarakat kerana golongan ini sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah atau digelar sebagai 'mat gian'.Mereka juga sering menjadi buruan anggota polis dalam mengatasi gejala ketagihan dadah.
MASALAH JENAYAH
  • Banyak berlakunya kes langgar lari yang berpunca daripada gejala lumba haram ini.Selain itu,kes-kes ragut turut terjadi sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian insan yang tidak berdosa.
MARUAH DIRI
  • Individu seperti insan yang bernama wanita (minah rempit) tidak kisah apa yang akan berlaku dan sebab itulah soal maruah diri seperti kehilangan dara,melakukan seks bebas,ambil dadah atau risiko bakal ditanggungnya kelak tidak pernah dipertimbangkan.Yang penting aku dapat ikut aktiviti mencabar mat rempit.Kebiasaannya kaum wanita akan menjadi ganjaran dalam setiap perlumbaan haram yang telah diadakan.
SIKAP NEGATIF
  • Kebiasaannya,samseng jalanan ini mempunyai kelakuan yang kasar terhadap orang-orang disekeliling mereka terutamanya ahli keluarga yang terdekat.Dalam hal ini juga,banyak berlakunya kes-kes yang berada di luar kawalan seperti membunuh ibu bapa,mencederakan ahli keluarga dan lain-lain.Walaupun mereka tahu apa yang dibuatnya salah,individu sebegitu tidak tidak dapat berfikir secara rasional.
Mohd Firdaus Ibrahim 207697






KESAN POSITIF


PERHATIAN PIHAK BERKUASA
  • Pihak berkuasa mula membuka mata untuk memberi perhatian yang sewajarnya kepada golongan remaja. Pelbagai aktiviti dan kempan dijalankan bagi memberi kesedaran kepada golongan samseng jalanan ini. Selain itu, interaksi antara kerajaan dan golongan remaja menjadi lebih dekat lagi. Sebagai contoh, barisan pemuda-pemuda telah menganjurkan konvoi bagi golongan ini dan memberi mereka motivasi.
MASYARAKAT MULA MEMBUKA MATA
  • Masyarakat mula cakna akan gejala samseng jalanan ini. Rentetan itu masyarakat mula bekerjasama dengan pihak yang berwajib untuk menangani gejala negatif ini. Selain itu masyarakat juga mula faham peranan masing-masing dalam kehidupan berkomuniti.
PENUBUHAN KELAB-KELAB SOSIAL YANG BERMANFAAT
  • Kelab-kelab bagi mereka yang meminati motosikal ditubuhkan berdasarkan objektif yang lebih positif. Mereka lebih terkawal dengan adanya organisasi dan juga sifat ingin menjaga nama baik organisasi. Selain itu, mereka dapat bertukar pendapat mengenai hal-hal yang berkaitan dengan minat mereka.
LITAR LUMBA DIBUKA KEPADA ORANG RAMAI
  • Litar lumba dibuka kepada orang awam atau lebih spesifik lagi kepada mereka yang ingin mencuba keupayaan jentera mereka yang telah diubah suai. Di litar, keselamatan adalah diutamakan dan juga lebih terjamin.
PERLUMBAAN MOTOSIKAL PERINGKAT AMATUR DIADAKAN
  • Perlumbaan peringkat amatur atau lebih popular lagi, sprint test. Pemilik-pemilik motosikal yang bersisi rendah berpeluang mempamerkan bakat mereka dalam berlumba dan juga kemahiran mereka mengubahsuai jentera mereka.
PERTANDINGAN MENGHIAS SKUTER DIADAKAN
  • Pertandingan menghias skuter diadakan bagi peminat-peminat skuter menunjukkan kreativiti masing-masing. Selain itu mereka boleh mengekspresikan jiwa mereka dan minat mereka melalui graffiti di skuter mereka.
Esmeth Affan B. Mohamad Nordin 207593


Cara mengatasi kegiatan samseng jalan

PERANAN & TANGGUNGJAWAB IBU BAPA

  • Ibu bapa haruslah menyedari bahawa kasih sayang dan perhatian yang secukupnya diberikan kepada anak-anak agar mereka merasakan diri mereka dikasihi dan dihargai.
  • Jangan biarkan anak-anak menjadi liar gara-gara kegagalan ibu bapa memberi perhatian yang secukupnya.
  • Ibu bapa tidak seharusnya dengan mudahnya membenarkan anak-anak mereka menungga motorsikal walaupun mereka tahu anak-anak mereka itu langsung tidak mempunyai lesen.

PENDEKATAN MORAL

  • Dekati "samseng jalan " secara berhemah dan berhikmah.
  • Mereka akan merasakan diri mereka dihargai dan akan menjadi lebih menyayangi diri.
  • Penerapn nilai-nilai murni kepada mereka untuk membimbing merekan balik ke jalan yang betul .Kata-kata motivasi dan kaunseling juga diperlukan untuk membendung masalah ini.
Heng Hooi Ting 206469

PENGUATKUASAAN UNDANG - UNDANG DENGAN LEBIH EFEKTIF
  • Pemantauaan yang kerap di kawasan-kawasan hitam .
  • Tindakan yang lebih tegas diambil terhadap pesalah .
  • Hukuman denda wang dan tempoh penjara ditingkatkan . Jumlah amaunt dendaan dinaikan dan tempoh penjara dipanjangkan .
  • Hukuman khidmat sosial yang bertempoh panjang .
  • Mereka yang telah ditangkap yang dibawah usia 18 perlunya dihantar ke pusat pemulihan akhlak. Mereka ini perlu diselamatkan dari terus terjerumus kelembah kehinaan.

PENGARUH MEDIA MASSA
  • Media massa begitu berpengaruh dalam pembentukan persepsi dan aliran pemikiran masyarakat.
  • Penerbitan gambar-gambar dan berita-berita tentang "samseng jalan" ditangkap oleh pihak berkuasa , cedera parah atau kematian akibat kemalangan .
  • Penyiaran filem-filem pendek padah atau kematian kemalangan "samseng jalan".
  • Ini dapat menimbulkan perasaan ngeri atau takut terutama kepada remaja-remaja yang baru nak berjinak-jinak dengan samseng jalan .
Ng Chin Shen 206190

Penutup

Kesimpulannya, masalah Samseng Jalan haruslah dikekang secara bersepadu melalui kerjasama daripada pihak ibu bapa, masyarakat dan kerajaan.Selain itu, setiap remaja perlu mengambil iktibar daripada setiap kejadian buruk yang telah berlaku keatas mat rempit.

Sikap berganding bahu dan menggembleng kudrat antara pihak-pihak tertentu amat penting untuk meminimumkan gejala ini. Ini kerana Samseng Jalan terdiri daripada golongan belia yang bakal menerajui kepimpinan sesebuah negara. Mereka merupakan modal insan yang sangat berharga sekiranya didekati, dibimbing, dipupuk dengan nilai, dan akhlak yang mulia. Mereka perlu disemai dengan ciri-ciri berhemah tinggi, bertanggungjawab, cinta akan negara dan bangsa.

Kemungkinan dengan usaha tanpa henti daripada semua pihak, deruman enjin motosikal dan aksi gila Samseng Jalan tidak akan kedengaran lagi pada suatu hari nanti. Oleh itu, isu Samseng Jalan perlu diambil berat dan diminimumkan dengan segera agar masalah ini tidak menjadi duri dalam daging yang akan membobrok pembangunan sesebuah Negara.
.

Fazreen Azmi 207952